Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

11/27/2011

Bersedekah lah Rumah Kebajikan Untuk Anak Yatim, Miskin Serta Golongan 8 Asnaf Zakat


Saje nak bantu sebarkan Rumah Amal Suci Rohani dapatkan. Sesiapa yang nak buat amal jariah yang amat senang, gunakan online saje.








RUMAH AMAL SUCI ROHANI (RASR) ialah sebuah pusat kebajikan yang baru ditubuhkan pada 1 Julai 2010. Ia ditubuhkan khusus untuk anak-anak yatim/miskin dan 8 asnaf yang memerlukan penjagaan atau pemerhatian rapi. Sebahagian daripada mereka merupakan anak-anak dyslexia (sukar membaca).

Setakat ini, seramai 20 orang kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun mendiami pusat jagaan ini, yang mana sebahagian besarnya adalah lelaki. Selain ini, ia juga menanggung 10 orang anak-anak perempuan yang berumur 5 ke 12 tahun; serta10 orang remaja lelaki dan 10 orang remaja perempuan. (Jumlahnya 50 orang anak-anak)

RASR kini menyewa sebuah rumah teres unit tepi beralamat di 109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dipilih untuk dijadikan RASR. Anak-anak RASR pula bersekolah di sebuah sekolah integrasi yang menyediakan kelas bimbingan khas bagi yang memerlukan di kawasan berhampiran. Adalah diharapkan RASR mempunyai bangunan miliknya sendiri di suatu masa nanti.



No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...