Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

12/28/2011

Kelopak Mata Bergerak


Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini sudah masuk seminggu kelopak

mata bahagian atas sebelah kiri bergerak-

gerak. Pergerakannya yang datang tidak

menentu dan di luar kawalan amat

mengganggu dan sesungguhnya

merimaskan saya. Saya masih ingat masa

kecil-kecil saya pernah mengadu mata

saya bergerak- gerak dan mak pernah

beritahu, ada beberapa tanda/alamat/

petunjuk jika mata kita bergerak- gerak.

Antara kata-katanya yang masih saya

ingat :

1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas

– nak tengok / akan berjumpa orang jauh

atau lama terpisah atau akan mendapat

berita baik

2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian

bawah – akan mendapat berita gembira

3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas –

seseorang yang jauh atau lama terpisah

teringin nak jumpa kita

4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah

– akan menangis (akibat berita kurang

baik / musibah)

Apapun alamatnya, saya rasa cukup rimas

dan terganggu , menyebabkan saya

mencari kaedah bagaimana hendak

menghentikan pergerakan ini. Menurut

sumber yang saya jumpa di internet,

katanya urutan di kelopak mata dengan

perlahan mampu mengurangkan

pergerakan tidak terkawal dan kata sumber

itu lagi, keadaan otot di kelopak mata

bergerak dengan sendiri (involuntary

twitching of the eyelid) kerana keadaan

letih atau stress.

Semoga mata saya cepat sembuh. Di bawah

saya sertakan rahsia pergerakan anggota

badan yang menarik untuk dikongsi

bersama.

Orang dahulu kala memang suka

mengaitkan sesuatu perkara dengan

sesuatu alamat. Sejauh mana

kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi

yang pasti orang tua dahulu banyak

meramal sesuatu melalui pemerhatian dan

juga melalui pengalaman yang mereka

lalui. Mungkin disebabkan banyak

kebetulan yang berlaku membuatkan

mereka mempercayai setiap alamat. Di sini

diperturunkan beberapa petanda yang

berhubung kait dengan pergerakan tubuh

kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan

bukanlah untuk dipercayai semata- mata.

1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh

keamanan

2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat

perempuan

3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada

orang akan berjalan jauh

4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak =

hendak menangis

5. Ekor mata kanan bergerak = menerima

kedatangan orang jauh

6. Ekor mata kiri bergerak- gerak = mendapat

sedikit kepayahan

7. Biji mata kanan bergerak- gerak = akan

menangis dalam bercinta

8. Biji mata kiri bergerak- gerak = gembira di

hati

9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari

tersebut

0. Kening kiri bergerak- gerak = beroleh

kelapangan

1. Bibir bawah bergerak = akan menangis

2. Waktu subuh kepala kita bergerak =

beroleh kerja yang baik

3. Siku kanan bergerak- gerak = beroleh

kebahagiaan.

4. Siku kiri bergerak- gerak = orang yang

mengasihi kita akan datang

5. Pelipis telinga bergerak = alami

kebahagiaan

6. Telinga bergerak- gerak = berkelahi

7. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati

kita

8. Kepala bergerak ke kiri = beroleh

kebesaran

9. Bahu kanan bergerak- gerak = harta hendak

datang

0. Bahu kiri bergerak- gerak = bakal berjumpa

pembesar/ketua

1. Lengan kanan bergerak- gerak = akan sakit

kepala

2. Lengan kiri bergerak- gerak = beroleh harta

3. Pipi kanan bergerak- gerak = alamat sakit

mata

4. Pipi kiri bergerak- gerak = sentiasa bahagia

Hah... kalau pipi kiri korang tak pernah

bergerak- gerak, maknanya korang tak

bahagialah.. . huk... huk... huk.. ..

Wallahu‘alam... .

via Blogaway Android

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...