Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

12/15/2011

You must be a millionaire in your head first

Buku yang pernah aku buat dulu untuk satu company networking.
Salam, satu lagi perkara yang hari nie aku realized. Sebenarnya sebelum kita inginkan kehidupan yang senang, mewah, senang citer jadi millionaire lah. Kita perlu memiliki pemikiran millionaire/ jutawan. Ini kerana apabila kita berubah dengan tiba-tiba tanpa kita sedar, banyak perkara terjadi tanpa kita sedar dan tanpa kawalan kita. Cuba baca betul2 dan fahamkan satu kisah nie:-

Berikut adalah cerita tentang seorang lelaki yang menangloteri - beliau memenangi AS $ 315 juta!
Pada umur 55 tahun, Andrew Jackson 'Jack' Whittaker, merupakan seorang pekerja yang berjaya dan kehidupan yang selesa di West Virginia, Amerika Syarikat. Jika dibandingkan purata kehidupan yang sedang dialaminya, dia mempunyai kehidupan keluarga yang sempurna dan kerja yang besar di tempat tinggalnya.
Pada 25 Disember 2002, Whittaker singgah ke kedai untuk bersarapan dan membeli tiket loteri. Itulah sekeping kecil kertas mengubah hidupnya hampir dalam sekelip mata. Beliau memenangi jackpot AS $ 315 juta! Beliau menang loteri terbesar di Amerika Syarikat pada masa itu. Perghh!! Aku jeles pulak...

Tetapi kemewahan yang dimiliki olehnya hanya bertahan selama 4 tahun. Whittaker kehilangan segala-galanya! Hari ini, Whittaker mengaku bahawa dia bergelut untuk membayar banyak hutang. Dia mengatakan bahawa tiada jumlah wang yang dipinjamkan kepada rakan-rakan dan keluarga pernah cukup dan kemenangan loteri memusnahkan hidupnya. Malah, beliau mengatakan bahawa jika beliau diberikan peluang sekali lagi, beliau nak gunakan duit menang loteri tu tadi hanya untuk isi petrol dan sarapan shj. Menyesal tak sudahhhhh...

Aku harap korang faham cerita tu sebab aku translate je. Cerita asal dalam bahasa english. So, the main point is duit berjuta bukanlah satu jaminan untuk kita memiliki kehidupan yang selesa tetapi mesti dilengkapi dengan pemikiran yang berjuta, maksud aku pemikiran bijak macam jutawan..

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...