Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/24/2012

Bila Lelaki Merajuk


Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara
dia dengan pasangannya. Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati
dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri
dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia
perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu
merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia
dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia
akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh. Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia? Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-
mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan
keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk
menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia
memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya
masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia
lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba
fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang
diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak
mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja
rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran
televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang
menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah
yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku,
kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada
bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu
konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si
dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda
memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian.
Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri
anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran
anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun
shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si
dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...