Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/24/2012

Info: Punca Tidak Serasi Dalam Hubungan







1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan
gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah
perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang
tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah
mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada
juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan
hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia
perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah
perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja
berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut
jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini,
perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas.
Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan
mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita
mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan
pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan
hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh
membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan.
Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri.
Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup
melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau
inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering
memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati
pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan
tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh
mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh
terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Sumber

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...