Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/16/2012

KHATAM NUBUWWAH


Saya nukilkan khasiat Khatam Nubuwwah ini daripada kitab “ Madariju Al-shu ud”. Ketauhilah wahai sekelian saudaraku, baginya itu ada khasiat yang besar. Sebagaimana yang dinaqalkan daripada Imam Al-Turmuzi r.a berkata ia :

“ barangsiapa yang berwuduk dan menilik ia kepadanya (khatam nubuwwah) pada waktu subuh, nescaya memelihara akandia oleh Allah Taala hingga sampai ke petang. Dan barangsiapa yang meniliknya pada waktu maghrib, memelihara akandia oleh Allah Taala sampai ke pagi. 
Dan barangsiapa yang menilik kepadanya pada awal bulan, nescaya memelihara akandia oleh Allah Taala sampai ke akhir bulan. Dan barangsiapa yang menilik kepadanya pada awal tahun, nescaya memelihara akandia oleh Allah Taala sampai ke akhir tahun daripada bala dan afat.
Dan barangsiapa yang menilik kepadanya pada waktu musafir, nescaya jadilah musafirnya diberkati. Dan barangsiapa yang mati pada tahun itu, nescaya mengkhatam oleh Allah Taala baginya dengan iman. Bahkan aku berharap kepada Allah Taala, bahawa barangsiapa yang menilik kepadanya dengan sebenar-benar kasih dan iman sekali seumur hidupnya, nescaya memelihara akandia oleh Allah Taala daripada segala perkara yang dibencinya sampai bahawa ia menemui akan Allah Taala”.

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...