Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/18/2012

Kisah Usahawan Kreatif Anita Roddick (Pengasas Body Shop)



Bila sebut “kreatif” ramai memikirkan dalam bisnes, kreatif adalah untuk pengiklanan. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam bisnes.


Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.

Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam bisnes adalahAnita Roddick (pengasas The Body Shop):-

1. Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

2. Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik.

3. Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 34 tahun… bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...