Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/10/2012

Mudahnya Hafal Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik


Al-Quran adalah mukjizat Allah paling besar kepada umat manusia. Ada 2 perkara yang Rasulullah S.A.W tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnahnya Berapa kali kita membaca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling mudah diraih adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia).
Tip yang bakal kongsikan di sini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom kita belajar dan mencubanya…..!!!
Contoh 1
Jika kita ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika kita ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika kita ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Nota;-SubhanaAllah,mudah bukan…kongsi-kongsikanlah ilmu bermanfaat nie…moga kita peroleh kebaikan dari Allah hendaknya…..

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...