Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/24/2012


Ramai orang menganggap kegagalan adalah penghabisan dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Mereka akan mula menyalahkan orang lain  untuk mencari alasan atau punca kenapa gagal. Padahal Allah menjadikan sesuatu perkara itu mesti ada sebabnya dan yang pasti bukan untuk mengkhianati makhluk-Nya. 
Sama konsep macam mak bapa kita lah bila marahkan kita sebab risau, sebab tak nak jadi apa-apa kepada kita. Tapi kita boleh marah dorg balik dan benci pulak. Dulu masa kecik bolehlah sebab kita tak matang, akal belum boleh digunakan dengan betul. 
Allah S.W.T adalah Pencipta yang terAgong sekali dan setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah dengan kehendak-Nya. Kat sini aku nak share sedikit situasi-situasi yang pernah aku lalui dan bagaimana aku handle. Boleh dikatakan nie lah perangai aku.

Apa yang dirancang tak menjadi - Bila sesuatu perkara yang aku rancang tak menjadi, aku check balik dari awal perancangan yang aku dah buat. Kemudian aku cuba ubah sedikit demi sedikit mengikut keadaan aku masa tu. Aku cuba elakkan daripada dibantu oleh orang lain sebab aku nie degil. Suke buat keje sendiri dan tak yakin orang lain mampu buat macam aku buat. Aku akan teruskan sampai jadi. Maknanya di sini, diri sendiri yang declare kan sesuatu perkara tu gagal. Kalau awal-awal aku dah give up maknanya memang gagal lah perancangan aku tu. Jangan putus asa. So, takde pun perkara yang boleh menghalang aku daripada menjadikan rancangan aku tu satu realiti.

Dulu pernah juga aku buat keje meng 'interview' orang merata tempat sampai ke Sarawak. Aku mendapatkan bahan untuk buat satu majalah. Majalah tu kawan aku yang punya. Aku cuma photographer dan designer untuk meng edit majalah tu je. Sampai final stage untuk menjual majalah tu aku ditipu oleh rakan aku sendiri. Kalau diikutkan bayaran yang aku akan peroleh daripada majalah tersebut adelahh dalam RM60,000.00. Tapi aku tak dapat. Kawan-kawan aku masing-masing menjauhkan diri. dan buat aku macam bola pulak. Masa tu memang aku dah kering habis sebab segala perbelanjaan aku habis digunakan masa ke hulu-hilir untuk mendapatkan bahan pengisian majalah tersebut. Sampailah satu masa, ada seorang hamba Allah minta aku bantu dalam bisnes dia. So, aku gunakan kelebihan aku dalam graphic untuk bantu dia memajukan lagi syarikat dia . Bayangkan dalam masa 8 bulan sahaja aku dah dapat kumpul sebanyak RM600,000.00.  Maknanya Allah bagi aku sepuluh kali ganda. Pengajaran lagi buat aku, Allah akan bagi rezeki dari cara/jalan yang tak pernah difikirkan oleh kita.

Cukuplah, letih menaip.Bye!

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...