Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/29/2012

Siapa Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Salam,
Malam tadi baru aku 'Like' facebook fanpage UAI terus aku belek-belek. Masa tu pulak UAI online (tapi bukan facebook chat lah) sebab aku tengok time comment/soalan yang diberikan peminat-peminat baru tak sampai seminit UAI dah jawab. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh UAI memang simple dan padat tapi tak semua dia akan jawab. Kemungkinan sudah ditanya dan dijawab sebelum nie kot.

Gambar-gambar yang terdapat dalam fanpage UAI diambil sendiri olehnya dengan menggunakan DSLR dan camera handphone Blackberry dia. kreatif sangat-sangat lah dia. Terus aku jadikan dia sebagai idola aku walaupun aku daif.

Aku cuba nak kenal dengan lebih rapat tapi melalui info yang aku google di internet sajelah buat masa sekarang. Belum pernah lagi bersemuka dengan beliau. Hampir kesemua video ceramah beliau di Youtube aku dah tengok. Memang menarik dan tak membosankan. Bila aku tengok karaktor dia aku boleh assume "he don't care what others said".. Aku suke sangat-sangat.


Sedikit latarbelakang tentang UAI:




Biografi pendek tentang pendidikan Ustaz Azhar Idrus: Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.

  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Sumber ~


Sekiranya Anda merupakan peminat Ustaz Azhar Idrus, Anda boleh like Fan Page beliau untuk mengetahui update (kemaskini) terkini dari beliau seperti jadual kuliah, aktiviti dan ceramah beliau. Fan Page: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Selain itu anda juga boleh terus melayari blog beliau di Ustaz Azhar  
Wassalam.


No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...