Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

2/24/2012

Tanda-Tanda Dia Adalah Jodoh Kita

Berikut adalah 10 petanda yang
menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja
dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara
percakapan, cara ketawa serta cara
makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa
dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat
mengesan yang dia sedang berlakon.
Tetapi, apabila dia tampil bersahaja
dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh
kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya,
tidak ada sedikit pun perasaan
bosan, jemu ataupun tertekan pada
diri kita. Semakin hari semakin
sayang kepadanya. Kita sentiasa
tenang, gembira dan dia menjadi
pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang
sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan
dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam,
ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita
lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan
bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak
mengambil kisah siapa kita sebelum
ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia
tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia
juga sedia berkongsi kisah silamnya.
Tidak perlu menyimpan rahsia
apabila dia sudah bersedia menjadi
pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan
asalkan tidak menyalahi hukum
hakam agama. Sikap jujur yang
dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu
hubungan. Apabila dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak daripada
berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran
yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia
tersendiri. Adakalanya rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang
ditanggung. Apabila kita mempunyai
rahsia dan ingin memberitahu
kekasih, adakah rahsia kita selamat
di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat
saling percaya mempercayai antara
satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka. Mereka rasa selamat
apabila memberitahu rahsia-rahsia
kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita
selamat. Bukti cinta sejati adalah
melalui kepercayaan dan kejujuran.
Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan
cinta berjaya dan kekal dalam jangka
masa yang panjang, kita dan dia
perlu saling bekerjasama melalui
hidup ini. Kita dan kekasih perlu
memberi kerjasama melakukan
suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita dan dia
dapat melalui semua ini dengan
melakukannya bersama-sama. Kita
dan dia juga dapat melakukan
semuanya tanpa memerlukan orang
lain dan kita senang melakukannya
bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi
kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita
hidup bersamanya. Ini kerana, kita
yang memikul beban tanggungjawab
seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia
mestilah memahami diri
pasangannya. Semasa kita sakit dia
bawa ke klinik. Semasa kita berduka,
dia menjadi penghibur. Apabila kita
mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam
sebarang situasi. Tidak kira kita
sedang gembira ataupun berduka,
dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga
bersedia mengalami pasang surut
dalam percintaan. Kata orang, “lidah
sendiri lagikan tergigit”, inikan pula
suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi
pasangan kekasih. Apabila dia
sentiasa bersama kita melalui hidup
ini di kala suka dan duka, di saat
senang dan susah, dialah calon yang
sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia
ini. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna
daripada segala sudut. Pasti di
kalangan kita memiliki kelemahan
dan keburukan tertentu. Bagi dia
yang bersedia menjadi teman hidup
kita, dia tidak terlalu menyimpan
rahsia kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui
kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan
mempamerkan keburukannya
kepada kita. Misalnya, apabila dia
bangun tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak
menghalang kita daripada
melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-
masing, memang ditakdirkan kita
hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala,
manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui dan
memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita
dapat saling tahu perasaan masing-
masing.
Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan
dapat menduga reaksi dan
tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan
hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah
pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di
tangan Allah SWT. Manusia hanya
perancang di pentas dunia ini dan
skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi
petunjuk melalui mimpi atau gerak
hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang
Istikharah dan memohon supaya
Allah memberikan petunjuk, insya-
Allah dengan izinnya kita mendapat
petunjukNya. Jika dia pilihan kita,
buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah
bagi mendapatkan kebahagiaan
hidup di dunia. Setelah semuanya
diusahakan, berserahlah kepadaNya
dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di
dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal
selamanya.

Sumber: PakarCinta.com
Blogger via Droid

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...