Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

3/26/2012

Aku watak utama dalam pentas hidup aku.



Salam,
Ramai bertanya aku apa tujuan aku berblog dan dalam kategori apa blog aku nie. Ada yang kata blog aku ni dikategorikan sebagai politik, ada yang kata motivasi, ada yang kata personal blog dan macam-macam lagi. 
Ini jawapan aku untuk semua persoalan; Aku menaip dan meluahkan apa sahaja yang terbenak dalam minda sedar dan separa sedar aku mengenai perkara yang sahih dan masuk dek akal sahaja. Tiada penipuan atau pun menganiaya mana-mana pihak. Kebanyakkan aku menaip mengenai kehidupan aku sama ada motivasi, kendiri, mahupun perasaan aku. Aku tak peduli segala perspektif masyarakat kerana segala yang tertaip adalah berkenaan drama hidup aku. Akulah watak utama dalam hidup aku yang berkongsi dunia bersama seorang permaisuri aku. 
Secebis selingan mengenai info yang bagi aku menarik dan berguna untuk aku boleh juga aku kongsikan dengan sesiapa sahaja. Tiada apa yang kekal di dunia. Itu pasal aku nak rekodkan dalam blog aku ni. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha atas segala-galanya.

---


No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...