Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

3/31/2012

Bukan orang lain tentukan masa depan kita



Tak mungkin kita boleh memuaskan hati semua orang. Ada yang terpaksa terpaksa makan hati sebab nak jaga hati orang lain. Ada yang terpaksa bersedih, bersusah payah untuk menunjukkan diri kita baik. Memang dah jadi lumrah kehidupan di dunia yang mana tak ada siapa pun yang mampu untuk membuat semua orang sukakan diri kita. Mesti ada pihak yang sakit hati, dengki dan cemburu dengan apa yang kita perolehi.

Apa yang perlu difikirkan ialah, abaikan semua itu. Kalau kita asyik memikirkan setiap apa yang orang cakapkan, setiap apa yang orang akan pandang, memang tidak akan kemana-mana kita. Bukan diorang yang tentukan apa yang kita nak jadi, bukan diorang yang tentukan apa yang kita nak makan, bukan diorang yang tentukan tempat apa yang kita nak tinggal dan bukan diorang yang tentukan masa depan kita. Diri kita sendiri yang sebenarnya penentu di mana, bagaimana dan siapa kita akan datang selagi apa yang kita lakukan diberkati oleh ALLAH. Tidak ada yang mustahil di dunia ini melainkan kita sendiri yang fikirkannya mustahil.

Bagaimana keadaan kita akan datang adalah dari apa yang kita fikirkan sekarang!


2 comments:

  1. betul tu..kalau asyik fikir apa orang cakap,diri kita ni tak mampu ke mana-mana..biar org nak cakap apa pun,asalkan kita tahu apa yg terbaik untuk diri kita..;)

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...