3/27/2012

Definisi Pembekal

Aku rasa ada something yang tak kena dengan putaran hidup masyarakat sekeliling akulah. Aku kata sekeliling aku ye. Kalau korang rasa jugak tak tau lah. Dulu masa aku kecik, Pakcik-pakcik yang ada ladang pokok pisang, bendang sawah, ladang koko dan ladang kelapa di Tanjong Karang semuanya orang kaya. Ye, memang dorang kaya. Ada lori, ada rumah besar, ada van. Jadi aku tak pandang peliklah sebab memang dorang ada ladang dan sawah. 

Cuba kita tengok sekarang, yang lebih kaya bukan lagi orang yang memiliki ladang dan sawah. Yang lebih kaya adalah pembeli hasil tanaman dorang. Bukan maksud aku pesawah dan peladang tu miskin tapi sepatutnya kekayaan yang dorang sepatutnya dapat tu adakah berbaloi? Orang tengah untung lebih daripada pembekal.

Definisi pembekal bukan lagi milik pesawah, petani, peladang atau pun pengusaha tetapi adalah orang tengah yang membuat penjenamaan dan menjual produk dengan harga yang lebih tinggi. 


No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...