Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

3/20/2012

Fokus Pada Yang Kita Nak!


Assalamualaikum..
Pernah tak korang dapat call daripada bank suruh bayar tu, bayar nie dan bayar macam-macam? Pernah tak handphone korang kena blocked sebab tak bayar bil? Pernah tak korang dapat call daripada tuan rumah yang korang sewa suruh korang kemas barang-barang dan keluar daripada rumah? Pernah tak korang dapat surat bankrupsi  daripada mahkamah sebab korang tak dapat bayar saman?

Segalanya yang berlaku walaupun bukan disebabkan diri korang sendiri dan bukan kehendak korang sendiri membuatkan rasa tersangat-sangat tidak berpuas hati kan? Sampaikan nak buat apa kerja pun tak ada mood. Setiap yang berlaku ada sebabnya.

Tu lah adat namanya. Cuba fikirkan beberapa perkara di sini:

  • Tinggi lawannya Rendah.
  • Banyak lawannya Sikit.
  • Luas lawannya sempit.
  • Gembira lawannya Sedih.
  • Berjaya lawannya Gagal.
Apa maksud semuanya nie? Kita sebenarnya tertinggal satu pemahaman yang perlu kita ingat sepanjang masa kita hidup. Lagi besar periuknya lagi banyak keraknya, betul tak? Lagi besar dugaan kita, lagi bernilai diri kita. 

Ramai tak sedar keadaan nie disebabkan MALU! Bila malu setiap pergerakkan kita akan terbatas dan kita akan mula bermain dengan fikiran kita sendiri. Pada masa tu mulalah macam2 suara akan keluar daripada otak kita ; nanti apa orang katalah, nanti kalau gagal lagi macamana lah.. semua perkara negative je yang akan pusing2 kat minda kita. Tu lah puncanya nak buat apa pun tak boleh, nak buat apa pun takda mood. Jadi sedar tak sebenarnya kegagalan diri kita berpunca daripada diri sendiri.  Bila kita dah alami kegagalan banyak perkara negative akan menguasai keadaan kita sampaikan kita dah tak boleh nak berfikiran waras dan apa saje yang kita kerjakan akan terbantut, padahal orang lain nampak apa yang kita kerjakan tu semuanya bagus. Yang kita asyik nampak sia-sia je pulak. Bongok diri kita dengan pemikiran yang macam tu.

Secara logik, semua orang memang bencikan bila kita berjaya dan suka (walaupun sikit) bila kita gagal. Dorang fikir kita tak patut dapat tu, dapat nie. Yang patutnya dorang jek. Bodohnya dorang! Pada awalnya memang akan wujud keadaan sedemikian dan bila lama kelamaan akan jadi perkara yang diingati orang. Masa tulah sebenarnya orang akan suka dengan kejayaan kita. Lagi satu kalau kejayaan kita nie dapat dirasai oleh orang lain, bolehlah dorang suka gak sebab dorang pon dapat rasa. 

Kalau kita rasa down, apa yang perlu kita buat? 
Okay, kalau kita pandang pada sudut agama, orang kata kita kita kena berdoa minta petunjuk, ambil air wuduk, dan macam2 lagi. Itu sebenarnya adalah intro sahaja. Tak cukup untuk buatkan perasaan down kita hilang. Tambahlah dengan minta pendapat orang lain, baca kesah kejayaan orang lain yang lebih kurang sama @ hampir sama dengan cara hidup kita. Sebenarnya kisah2 orang yang sekarang sudah berjaya (dulu orang biasa @ dulu gagal) banyak boleh kita jadikan contoh. Pengalaman dorang boleh kita ikut, tak payah lah nak dapat pengalaman tu sendiri. Jadikan pengalaman dorang tu macam pengalaman kita sendiri. 

Ibaratkan kita tengah sesat tapi takda orang yang nak guide kita. So pengalaman orang dah berjaya tadi macam peta @ gps @ petunjuk apa yang perlu kita buat, apa langkah seterusnya yang perlu kita ambil.

Dah lah, aku malas nak menaip lagi. Kesimpulannya, Jgn meratapi keadaan susah korang. Buat bodoh jek dan teruskan usaha capai apa yang kita nakkan. Jangan fokus pada apa yang kita tak suka. paham???


*This blog was made to express my thoughts*


Kisah kejayaan orang lain:

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!”

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam

mendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi,

tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak

pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Daripada  http://www.mirlme.com  

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...