Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

3/23/2012

Mereka Berhenti kerja dan jadi jutawan


Pernah tak korang terfikir untuk berhenti kerja dan jadi jutawan dengan hanya mengikut impian serta buat perkara yang korang suka? Padahal masa tu korang boleh dikatakan gaji level dah tahap tinggi jugaklah. Dalam hidup realiti mungkin korang akan fikir mustahil, betul tak? Tak ramai yang boleh jadi macam tu. 
Yelah, jaminan takde pulak tu.

Sebenarnya tak mustahil. Apa saja kerja yang korang buat dengan bersungguh-sungguh dan azam yang tinggi korang sebenarnya boleh. Macam beberapa contoh orang nie yang ada idea-idea gila berani mengetengah idea gila dorang dan jadi jutawan.

Shep and Ian Murray, Vineyard Vines
Dua bersaudara nie masing-masing hidup sengsara semasa makan gaji. Shep kerja sebagai Advertising Account Executive dan Ian bekerja di syarikat kecil public relation firm masing-masing berhenti kerja pada masa yang sama, hanya 10 minit beza saje. 
Dorang tunaikan kredit kad dorang untuk memulakan syarikat Vineyard Vines - syarikat menjual neck-tie. Pada awal dorang jual dari meja ke meja dengan backpacks dorang dan terjual sebanyak 800 unit tali leher. Sekarang dorang ada 500 cawangan kedai dan hasil jualan untuk tahun 2011 adalah sebanyak USD100 juta. 

Ezzard Roslan
Dia baru cadang2 nak jual senapang. Baru cakap-cakap dengan kawan2 dia, dah kena gelak. Terbakar di situ. Bila balik rumah korek tabung tapi masih tak cukup. Jumpa ayah, mintak top-up untuk buat modal. Ayah tanya nak buat modal apa. Tak sampai 10 patah perkataan jawab, ayah dah bagi pelempang. Terima kasih.








No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...