Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/23/2012

Burung Cenderawasih Dijual RM90.000.00


Aku baru je dapat call dari seorang kawan yang duduk di Penang. Katanya ada orang nak jual burung cenderawasih yang sudah diawet RM90,000.00. Katanya burung nie dapat memberikan nasib yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan pelbagai kemewahan yang diingini akan tercapai. Karut!!! kata ku..



Aku mula google pasal Burung Cenderawasih ni dan hasilnya:

Kepercayaan tahyul

Merurut kepercayaan tahyul, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.


Terungkai Misteri Burung Cenderawasih:

Dakwaan kononye cenderawasih berasal dari kayangan dan hanya turun ke dunia untuk mati sebenarnya tidak betul..kerana burung tersebut memang wujud didunia ni…kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001.

Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.

Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.

Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juge didapati auta! kerana burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatakan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!! gak kerana bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimana-mana pameran.

Justeru macam mane kisah dongeng ini bermula??
Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19…iaitu ketika zaman penjajahan British dibeberapa pelusuk dunia…bangsa barat itu tiba disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepala yang cantik dan menarik…hiasan kepala itu diperbuat daripada bulu cenderawasih jantan…lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknya…maka masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah seekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepada penjajah British…kaki burung tersebut turut dipotong.

Selepas beberape lama…penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerana mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput…maka mereka mule menganggap bahawa burung itu ajaib dan berasal dari kayangan..seterusnya…fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu. Macam mana pulak dakwaan bahawa burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawa keuntungan berlipat kali ganda??

Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris…sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antara bahan dalam upacara kurafat tersebut…hakikatnya perniagaan dan usaha itu menjadi laris bukan berpunca dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.


Aku tak jual ye...

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...