Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/18/2012

Di manakah anda dari 3 golongan ini?

Kata-kata bijak pandai yang mengklasifikasikan manusia kepada tiga golongan berdasarkan mentaliti dan sikap mereka.

Golongan kelas pertama adalah golongan yang bercerita dan berbincang tentang idea. Ini adalah golongan pemikir yang sentiasa berfikir untuk mencari idea-idea baru dan sentiasa berfikir untuk mencari jalan untuk kesejahteraan manusia dan dunia sejagat. Mereka ini adalah golongan yang cintakan ilmu pengetahuan. Golongan yang kreatif dan innovatif serta sentiasa berpemikiran positif dan optimis. Golongan ini agak kecil dalam masyarakat.

Golongan yang kelas kedua pula adalah mereka yang sentiasa bercerita tentang produk dan jenama. Taksub dengan perkembangan fesyen dan lebih mengutamakan gaya hidup terkini. Sentiasa berlumba untuk mempamerkan kemewahan peribadi. Golongan ini cinta dengan kebendaan atau materialistik dan golongan ini agak besar dalam masyarakat.

Sementara golongan kelas ketiga pula adalah golongan yang suka bercerita mengenai orang lain. Gemar bergossip dalam ertikata yang lain. Suka bercerita dan gemar mencari keburukan orang lain. Gemar dengan cerita-cerita skandal dan sensasi. Golongan ini amat besar dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...