Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/09/2012

Hadapi Masalah Down!


Tak mungkin setiap hari kita akan rasa happy. Sedih, risau, susah hati, takut dan bermacam-macam perkara negatif pasti akan melanda diri. Jangan kesahkan daripada sindrom tu datang tapi fakus pada bagaimana nak mengatasinya. Aku juga tak terkecuali sebab aku juga manusia biasa. Tiada yang luar biasa.

Kepada sesiapa yang mempunyai ramai kawan perlulah sentiasa beringat kerana tidak semua kawan mampu membuatkan kita rasa tenteram dan meredakan keadaan kita dikala kita ditimpa musibah atau perasaan down. Tak ramai kawan kita yang suka tengok kita maju sedikit. Apatah lagi terlalu maju. Hasad dengki macam dah biasa di amalkan dalam budaya orang Melayu. Cubalah saling bantu membantu. Bukannya rugi dan sakit. Ikhlaslah pada setiap apa yang kita beri macam bantuan dari segi nasihat, bimbingan dan kewangan (itupun kalau mampu) Kita pulak, kalau kawan dah bantu kita, jgnlah pulak kita ambil kesempatan. Mostly kes pinjamkan kewangan. Kalau kawan dah bagi pinjam, cubalah ikhtiar untuk pulangkan semula. Kalau tak semua, sikit2 pun jadi sebab mungkin kawan kita tu dalam keadaan susah macam kita juga. Kalau dah tak mampu sangat pun, cuba bagitau kawan tu. Jangan dia anggap kita dah tak nak bayar semula. Ingatlah sikit, tak sepanjang masa kita sentiasa berada di atas. Hidup nie umpama roda yang berputar, kejap kita kat atas... kejap kita kat bawah. Hanya usaha dan tawaqal kepada Allah yang menentukan berapa lama kita di satu2 tempat itu.

Tidak terkecuali aku ada kalanya aku down. Rasa macam dah tak ada future dan lemah. Macam mana aku nak atasinya? Apa yang selalu aku amalkan ialah:

  1. Berdoa kepada Allah. Mesti disusuli dengan usaha dan planning semoga segala yang kita lakukan diberkati oleh Allah.
  2. Berjumpa dengan 'sahabat' yang mampu memberikan kita semangat di kala kita down.
  3. Baca buku2 yang mampu memberikan inspirasi dan membakar semangat kita supaya tidak terlalu memikirkan masalah.
  4. Fikirkan keadaan kehidupan yang kita idamkan. Imagine suasana, perasaan kita dan perasaan mak ayah kita bila kita happy dan berjaya.
- Kalau kita jumpa kawan yang langsung tak membantu kita macam mana??
Kita ingat setiap perkataan yang dikatakan oleh kawan negative kita tadi dan jadikan sebagai cabaran untuk kita buktikan yang kita mampu lakukan. Kita mampu ubah pemikiran yang bodoh tu.

Nak kongsi sedikit apa yang aku jumpa daripada sahabat aku yang very good thinking!

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..

Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya. Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

  1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
  2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
  3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
  4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
  5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
  6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
  8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
  9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  10. Orang yang bijak ialah orang yang mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
  12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
  13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
  14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
  15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
  17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! | Julmazli Dot Com

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...