Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/10/2012

Ilmu Semakin Susah Nak Cari Sebab Mahal?


Dulu2 kalau nak mencari ilmu kita perlu mencari org yg berilmu dan kita perlulah merantau. Walaupun sehelai sepinggang pun masih kita boleh dapatkan ilmu. Hanya perlu memiliki semangat yang kental dan emosi yang kuat sahaja.

Sekarang nak cari ilmu yang sedikit pun perlukan duit. Tak kiralah ilmu apa, besar atau kecil. Siap kita diajar untuk berhutang lagi dalam mencari ilmu. Itu belum lagi bekerja. Maknanya apabila kita dah mula bekerja nanti kita diajar untuk menyelesaikan hutang. Bila niat dah berubah kualiti akan dipinggirkan dan kuantiti akan diutamakan.

Cuba kita fikirkan sejenak, sebelum kita bekerja utk dptkan rezeki kita perlu belajar. Cari ilmu tak kiralah apa jua ilmu asalkan masa kita bekerja nanti kita boleh gunakannya. Maknanya ilmu teramatlah penting. Jadi kepada mereka yang tidak mempunyai ilmu kebanyakkannya mempunyai kehidupan yang susah dan sempit. Ilmu tidak semestinya boleh didapati melalui pembelajaran tapi tak terfikirkah kita berapa banyaklah ilmu yang free tu? Rata-rata ilmu untuk menghadapi ekonomi dan keadaan kehidupan kehidupan sekarang semuanya berbayar. Termasuklah yang pada awalnya kata free tapi bila nak lengkapkan pembelajaran tu kena bayarlah pulak. Banyak kursus2 atau kem2 yang menggunakan modus operandi sebegitu. Alasan yang kerap didengar, " mana ada benda free lagi kat dunia nie".

Dalam Al-quran ada menyatakan berkongsi ilmu tidak rugi dan boleh dapat pahala tapi tengoklah zaman sekarang ntah hape2 ntah. Budaya lagi satu pulak, kita telah dibiasakan dengan keadaan usia yang mana bila dah mula bekerja maknanya dah tak boleh belajar. Bilangan orang yang berfikiran begitu amatlah besar. Hanya golongan pendidik sahaja yang kebanyakkannya masih lagi mengamalkan belajar sampai mati. Itu pun ada jugak yang nak ambil PHD atau Master sebab nak naik gaji atau pangkat. Apdaaaa...

Apa kena dengan zaman kita sekarang nie ye?

2 comments:

  1. Sebab tu aku suka berblogging..dapat BW dan kaut ilmu macam kat entri best ni..

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...