Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/10/2012

Kenapa Rakaat Tertentu Di Setiap Solat?

Alhamdulillah... Lama dah aku mencari jawapan untuk "Apa sebab solat memiliki rakaat tertentu" tapi kebanyakkannya semua bagi jawapan sintifik dan aku akan sentiasa terus mencari lagi sehingga aku berpuas hati. Aku jumpa salah satu jawapan untuk sebab tersebut di satu blog nie yang memberikan jawapan lain dari yang lain. Means, aku belum lagi jumpa lah. Sebagai ilmu untuk aku dan semua...


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.



Orang Yang Tidak Melakukan Solat :
  • Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
  • Dzuhur : Tidak diberikan berkat dalam REZEKI
  • Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  • Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anak
  • Isya’ : Dijauhkan kedamaian dalam tidur

Sama-sama lah kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik daripada hari semalam ye..

7 comments:

  1. nice info bro..
    credit pd ko sbb rajin menacari..
    kdg2 org lain malas nk cari pasai nie..
    tau copy jer.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dan salam terjah (link dari Blog Bicara Mak Dara)

    ReplyDelete
  3. nice..thanks for sharing this entry..:)

    yeah come from Bicara Mak Dara : Ini Link Saya.. Sila Promote!

    Tengok anak nad jom..:)

    http://www.nornadiah.com/2012/04/joeybaby-sugar-glider-kelihatan-30.html

    ReplyDelete
  4. Eh, aku lah tu.. aku pun copy and paste je, haha.. aku suka sgt2 ayat sedia ada. So x sanggup nak ubah apa2. Lagi pun dah senang nak fhm.

    ReplyDelete
  5. Mmg sgt menarik ilmu yg dikongsi ni..
    nti kite nk share kt blog kite eh bila dh on lappy nti..
    now stil via phone..sexsa.com rsnya..huhu!

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...