Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/28/2012

Kerja Hari Ini Bukan Untuk Kita


Kalau kita perhatikan dan sedar setiap apa yang kita kerjakan sebenarnya bukanlah untuk diri kita tetapi untuk masa depan generasi kita. Memang kalau difikirkan kita letih dan macam sia-sia belaka tapi jangan pula kita lupa Rasulullah adalah yang pertama berfikiran sebegitu. Tak lupa juga para sahabat Beliau yang berjuang bukannya untuk kepentingan individu tetapi untuk masyarakat.

Satu Situasi:

Apabila soalan ditanya: " Apa pendapat anda berkenaan dengan isu yang hangat sekarang iaitu Bersih 3.0?"

Sipolan A jawab: "Buat apa nak sokong? Apa faedahnya? Kan negara kita dah aman, banyak kemudahan dan maju. Tak payah lah nak pening2kan kepala fikirkannya, tak payah lah buang masa berarak sana sini, tak payah lah nak kecoh2 buat demo sana sini. Bersyukurlah dengan apa yang ada."

Sipolan B jawab: "Aku sokong sepenuhnya demo Bersih 3.0 nie sebab dah melampau sifat2 jahat dan buruk segelintir pemimpin gunakan sehinggakan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan kecurian serta rasuah berleluasa. Ini tiada kaitan dengan alasan untuk meraih undi masa pilihan raya umum nanti. Aku takkan bagitau parti mana yang aku sokong sebab undi kan rahsia. Aku cuma sokong Bersih 3.0 sebab aku ada generasi aku sendiri iaitu anak-anak. Aku fikirkan masa depan dorang."

Perbezaan dari dua jawapan yang diberikan sebenarnya aku lebih memihak kepada Sipolan B sebab Jawapan yang diberikan memang make sense. Berkemungkinan apa yang Sipolan B jawab tu adalah sebab risaukan apa nasib generasi dia akan datang. 

Sepanjang hidup kita hingga kehari nie, sebenarnya kita hidup daripada kemenangan dalam perjuangan nenek moyang kita menentang penjajah. Ada yang mati dalam perjuangan dan ada yang cacat juga. Kesenangan dirasai oleh generasi diorang, iaitu kitalah. Samalah dengan keadaan sekarang, kalau kita perjuangkan hak kita dan kesahkan apa yang akan generasi kita akan peroleh sudah tentu kita akan akan berjuang sehabis habisan. Kita nie sebenarnya sedar atau tak?? Jangan tengok bangsa, tapi tengoklah agama. Tak ada agama dalam dunia nie yang negative, semuanya baik2. Dah namanya agama for sure lah perkara baik. Cukuplah, tak nak ulas lelebih sebab aku tak boleh nak jaga hati semua pihak. Kebanyakkan kita sudah selesa dengan mendapat sedikit dan selebihnya orang ambil untuk senang sendiri. Tak apalah.. Lantaklah korang nak fikir macam mana.


No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...