Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/05/2012

Kerja Untuk Hidup Atau Hidup Untuk Kerja?

Tergerak aku nak merekodkan apa yang bermain dalam fikiran aku bekernaan dengan kerja zaman sekarang.

Sebenarnya bila aku perhatikan banyak kereta keluar waktu pagi, jammed sana jammed sini, dengan muka masing2 sembap, mata merah... tapi yang paling aku nampak bila muka2 dorang langsung takde semangat nak pergi kerja. Diorang sepatutnya perlu bersungguh-sungguh dalam kerja dorang sebab dorang dibayar, bukan free. Kenapa?? Gaji tak cukup? Itu issue lain. Pokoknya bila korang dah terima untuk bekerja di satu2 tempat maknanya korang kenalah terima. Korang kenalah terima buat kerja itu, buat kerja ini dan apa sahaja task yang korang dapat selagi korang bekerja sebab korang dibayar, BUKAN FREE.

Jika tidak suka dan pertikaikan gaji yang sedikit dan tidak setimpal dengan kerja yang dibuat, korang ada hak nak mintak lebih tapi berpada-pada. Kalau tak dapat, rajinkan diri untuk cari kerja lain. Tapi bila kerja di tempat lain perlulah lagi bersungguh-sungguh. Korang hanya bawa diri dan bukan perangai di tempat kerja baru. Aku tak dapat nak ulas lelebih dengan level gaji dengan ekonomi di Malaysia. Nanti aku kena banned. Tapi aku nak kata... TAK PATUT.......


" Sampai bila nak kena kerja ni? Letih lah.."

Masa belajar dulu, tak sabar nak mulakan kerja. Otak dah tepu nak belajar lagi lah, takde mood lah..
Bila dah kerja, terasa pulak nak belajar balik. Lumrah manusia memang takkan puas dengan keadaan yang ada. Bukan bersyukur ye... Memang dah bersyukur tapi itu memang hakikatnya. Manusia memang dicipta untuk meneroka, belajar dan ambil tahu semua perkara yang ada di dunia.

Bekerjalah untuk mencari rezeki yang halal. Gunakan untuk kebaikan terhadap keluarga dan agama. Jangan salah guna rezeki yang diperolehi dan jangan ambil rezeki yang hak orang lain. Memang dah tertulis dan banyak pengalaman orang lain kalau kita ambil rezeki orang lain, Allah akan ambil rezeki kita lebih dari yang kita ambil dari orang lain.

Hidup adalah sama bagi setiap manusia di muka bumi. Hanya diri sendiri yang akan mencorakkan sama ada menarik atau tidak hidup manusia tersebut. Bukan orang lain.

HAKIKAT: Manusia dicipta berpasangan dan akan berpisah. Cuba fikirkan pada diri kita. Kita akan rasa sangat gembira seperti dunia ana yang punya bila berjumpa dengan pasangan kita. Sama ada couple, tunang atau pun nikah. Kemudian semua percaya yang satu hari kita akan terpisah juga dengan pasangan kita. Sama ada cerai atau mati. Tak kesahlah sapa mati dulu. Tiba2 aku terfikir kenapa mesti hukumnya macam tu. Ini just tanya ye. Tak ada timbul ketidakpuashatian.




2 comments:

  1. akak always confuse .. so akak pilih kerja utk hidup .. kerana lain org lain pandangannye ;)

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...