Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/16/2012

Motivasi: 7 Langkah Untuk Jadi Orang Berjaya


Apa yang membuatkan seseorang itu berjaya? Terdapat beberapa perkara yang membantu individu itu berjaya tapi ada some features that people have in common. Cuba fikirkan nie:
  1. Dorang bekerja lebih keras untuk mendapatkan impian dorang. Kejayaan akan terjadi apabila kita bekerja keras dan bijak.
  2. Orang yang berjaya adalah orang yang jujur. Kalau tak jujur memang susah nak berjaya. Contohnya budak sales tipu pasal produk yang dijual selalunya customer tidak akan berurusan dengannya lagi sebab dah kena tipu.
  3. Orang yang berjaya memiliki sifat kesabaran yang tinggi. Dia sentiasa mencuba sehingg berjaya.
  4. Orang yang berjaya ada sifat mesra alam dan senang membentuk network. Itu yang selalunya mereka mampu menjadi leader dan ramai pengikut. Sifat leader yang sejati adalah membantu orang lain dan akan berpuas hati apabila mampu memuaskan hati orang lain.
  5. Orang yang berjaya suka belajar perkara baru. Dalam masa yang sama dorang juga selalu belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukannya. Jadi dorang dapat elak dari melakukan salah lagi.
  6. Orang yang berjaya sentiasa melakukan kerja lebih dari apa yang dijanjikan. Promise less. do more. Jadi dorang takkan buat perkara yang tak penting. Hanya utamakan perkara yang penting sahaja.
  7. Orang yang berjaya sentiasa mencari penyelesaian, bukan bagi alasan. Dorang tak suka buang masa komplain.
Cuba korang check dalam diri korang ada tak macam kat list 7 tu? Apa yang lebih korang utamakan? Kenapa tak mulakan sekarang kalau korang nak jadi macam tu? 

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...