Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/19/2012

Muka Kena Paksa


Kalau nak tengok muka orang kena paksa pergi kerja bolehlah tengok pepagi dlm pukul 8.00 merata tempat. Lagi2 yang bawa kereta memang bercampur sakit hati dalam jammed.

Kebanyakkan mereka yang mengeluarkan expressi muka sebegitu adalah orang yang makan gaji. Maknanya orang yang bekerja untuk orang lain. Apa yang membuatkan mereka berkeadaan macam dipaksa dan terpaksa? Padahal setiap apa kerja yang mereka lakukan mereka dibayar, bukan free.

Jom fikir,
Mereka yang makan gaji kebanyakkannya beranggapan gaji yang mereka perolehi tidak berbaloi sebab yang kaya bos dorang. Ada pula yang fikir banyak mana krja yang dorg buat pun bayaran yang akan diterima tetap sama. Dan ada pula yang fikir gaji yang dorang terima pada hujung bulan hanya untuk mrmbayar hutang. Mcm2 lagilah.. tapi yang majority itulah dia.

Salah kalau korang ada pemikiran yang mcm disebutkan tadi. Sebenarnya korang tak ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang korang dah janji nak buat dan laksanakan.

Kata Ustaz Don, kalau gaji kita sebanyak Rm5000.00 tapi kita bekerja ibarat gaji Rm10,000.00 , Allah akan balas dengan ganjaran seperti bonus, naik pangkat, dpt zuriat anak soleh. Tapi kalau gaji kita Rm10,000.00 tapi cara kita bekerja sama macam org yang bergaji Rm5,000.00 (mengelat dlm buat kerjalah), Allah akan balas dgn situasi kehilangan duit, kena samun, kena eksiden pastu kena belanja lebih, dpt anak durhaka, duit sentiasa tak cukup je, banyak hutang. Nauzubillah... Maknanya tak berkatlah tu..

Jadi, yg mana dh tak boleh mkn gaji tu sebelum nak ceburkan diri dlm bisnes sendiri kenalah pegi blajar dulu, ambil kursus, kelas ke utk tmbh ilmu dlm bidang yg hendak diceburi. Barulah menjadi, x kena tipu.. nie asyik nak salahkan org lain je, nak kata kena santaulah.. booloo..

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...