Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/07/2012

Pelik: Jual Buah Pinggang Sebab Nak Beli iPhone? Kelapa Atok!!

Manusia sekarang dah kurang nilai menghargai diri. Banyak perkara-perkara pelik berlaku sekarang. Kalau dulu memang susah nak dengar dan tengok tapi sekarang dah macam senang je. So, mulalah nak menyalahkan masing-masing. Letihlah macam tu, sampai bila pun takkan settle. China lah paling kerap aku dengar cerita-cerita pelik daripada makanan (telur ayam palsu) hinggakan jual organ badan sendiri??? Kelapa atok betul...


BEIJING - Lima ditahan di selatan China selepas seorang remaja menjual buah pinggang hanya kerana mahu memiliki iPhone dan iPad. Antara yang ditahan termasuklah seorang pakar pembedahan yang mengeluarkan buah pinggang remaja itu pada April tahun lalu. Laporan agensi berita Xinhua berkata, kumpulan itu menerima sekitar AS$35,000 (RM105,000) bagi proses transplan itu. Remaja itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan ginjal berfungsi.

Hanya dikenali dengan nama keluarga Wang, remaja itu dilaporkan menerima kira-kira AS$3,000 (sekitar RM9,000) bagi buah pinggang yang didermakan. Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran menerusi perbualan di ruang sembang-sembang atas talian. Insiden itu dikesan oleh ibu remaja apabila menyedari anaknya menggunakan gadjet baru. Apabila ditanya dari mana dia memperoleh duit, remaja itu dilaporkan mengakui telah menjual buah pinggangnya.

Kumpulan yang terlibat dalam pembedahan mengeluarkan buah pinggang dituduh memperdagangkan organ secara haram. Kedua-dua iPhone dan iPad sangat popular di China tetapi harganya sangat mahal sehingga tidak mahu dimiliki oleh kebanyakan pekerja di kawasan bandar. Pada masa yang sama China berhadapan dengan situasi kurangnya penderma organ.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa 1.5 juta orang memerulkan transplan, tetapi hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...