Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/03/2012

Rahsia Terbongkar Di Pantai Remis

Tempoh hari aku dan wife singgah di Pantai Remis yang terletak di Jeram, Kuala Selangor. Aku rasa dah dekat 3 tahun aku tak singgah ke situ. Padahal setiap kali kalau aku balik ke Tanjong Karang akan melalui Jeram.


Agak ramai orang pada petang tu yang berkunjung ke situ. Ada yang bawa anak bermain layang-layang,memancing, beli seafood dan ada yang singgah untuk minum. Kat situ ada gerai ABC, pisang goreng dan gerai menjual makanan mentah laut seperti kerang, kupang dan ada satu lagi nama aku tak ingat sebab aku tak pernah nampak sebelum nie.


Apa yang aku masudkan dengan rahsia di Pantai Remis ialah, wife aku tak pernah tengok Ikan Tembakul secara live sepanjang hidup dia. Ini first time dia nampak depan  mata. Apa lagi, melompatlah dia sebok nak ambil gambo ikan tu. Memang banyak giler ikan tembakul tu lepak-lepak kat batu-batu tepi tu.

Skodeng Ikan Tembakul di cecelah batuan.

Puas hati dapat tengok dengan lebih dekat. Nak tangkap takleh...
Mengira hasil tangkapan gambar Ikan Tembakul.


Jam menunjukkan pukul 6.45 petang. So kami berangkat pulang menuju ke Shah Alam..



No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...