Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/29/2012

Thoughts are things.

"You will see it when you believe it."
Minggu depan bulan baru. Hari yang lepas dah jadi sejarah kecil kita. Dah ada plan untuk bulan baru? Tak pernah terfikir nak plan apa2 ? Ruginyalah rasa..

Cuba kita amalkan disiplinkan diri dengan membuat plan untuk esok hari. Ini peringkat pertama. Setiap apa yang kita hadapi esok adalah berpunca daripada tindakan kita hari ini. Aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku belajar yang tak seberapa ini tapi kesannya amatlah besar. Hinggakan pada mulanya aku tak sedar pun yang aku sedang dan dah terima.

Cara-cara mendisiplinkan diri ini boleh membuatkan setiap hari yang akan datang kita sentiasa bermakna dan sentiasa ada aktiviti. Secara tak sengaja perasaan/ rasa bosan tidak akan menghantui diri kita. Asasnya, kita mestilah mempunyai matlamat hidup. Kalau aku tanya kenapa kita diwujudkan memang macam-macam jawapan yang kita boleh dengar tapi selagi kita tahu apa yang kita nakkan dan tidak melanggar hukum agama, dengan izin Allah tidak kita akan sesat dan kita mampu jadi apa yang kita nak jadi, dan kita mampu miliki apa yang kita nakkan.

Cara-cara untuk dapatkan apa yang kita idamkan:

Sediakan satu buku kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana. Kalau ada handphone canggih pun tak tahu nak guna sepenuhnya memang digalakkan juga.

Cari waktu lapang korang, duduk dan kosongkan kepala otak korang. Pejamkan mata dan mulakan fikir kehidupan macam mana yang korang nakkan. Fizikal badan macam mana korang nak, rumah macam mana korang nak duduk, kereta apa yang nak dipakai, bini berapa orang eh maksud aku bini yang macam mana korang nak, anak berapa orang, kerja apa korang nak kerjakan. dan korang fikirkanlah sendiri lagi.

Buat satu senarai perkara-perkara yang korang nak tu. No limit tapi janganlah banyak sangat nanti susah nak ingat. Buat dalam ayat yang diri sendiri faham.

Tak payah fikirkan sangat macam mana nak dapat. Maknanya korang kena buat kerja lebih sedikit dari kerja biasa korang. Contohnya, kalau makan gaji tu cuba fikir hobi apa yang korang suka dan tuning sket boleh jadikan income. Banyak orang buat bisnes skrg pada asalnya adalah suka-suka. Nmpk macam leceh dan remeh tapi yang remeh dan leceh tulah korang tak pernah nak serius. Bila tak serius tu yang jadi separuh jalan. Pastu pantang kena condemn sikit dah tak nak buat, bodo! Ruginyer.. Sepanjang proses nie, korang akan lalui masa naik vs turun atau negative vs positive atau exited vs down.. dan macam2 lagi. Masa nie, buka balik buku kecil yang korang buat senarai tadi.

Selanjutnya masa yang akan tentukan. Jangan pertikaikan kuasa Allah, jangan ditanya bila nak dapat, jangan ditanya macam mana nak dapat, jangan ditanya boleh ke idak, jangan macam-macam lahhhh.. nak ke tak nak???  tu je.

Dah tu je. Senang tapi susah nak laksanakan. Betul tak? Tapi ianya menjadi sebab aku dah buat. Tak percaya sudah, aku tak rugi pun. aku just sharing. 

Alhamdulillah...


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."



2 comments:

  1. Salam Ezzard,
    Dalam perumpamaan omputeh "Tie your camel, and leave the rest to Allah". Tapi tu terjemahan dr bahasa Arab kot. Makna kita berserah dan bertawakkal pd Dia selepas kita berusaha. Kalau tak percaya pd Dia, susah ler! Pe kabor awak?

    ReplyDelete
  2. @MOH KEMBARA
    Memang susah kalau tak percaya Pencipta kita..
    Sihat Alhamdulillah, akak?

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...