Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

7/03/2012

Kisah benar sebagai pengajaran

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba
Allah di sebuah taman perumahan di sekitar
Ipoh (namanya dirahsiakan)… Kisah ini amat
menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan
kembali oleh salah seorang anak murid
pengajian saya di taman perumahan
tersebut…..
Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari
keluarga yang miskin.. kerja sendiri hanya
menoreh getah..datangnya jauh dari
kampung.. dengan menaiki teksi.. membawa
beg dan barang-barang milik anak gadisnya..
yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah
institusi pengajian di Ipoh.. menyewa di rumah
sewa bersebelahan dengan rumah tuan
empunya cerita ini.
“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana
senyuman bangga ayah si gadis ini… yang
terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya
melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut
Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana
ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan
anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..
sambil melemparkan senyuman kepada
dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.
Setelah bersalaman dengannya.. ayah si gadis
ini ramah menceritakan kejayaan anaknya.. dan
anaknya itulah yang diharapkan akan
menempah kejayaan .. seterusnya dapat
membela hidup mereka sekeluarga suatu hari
nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si
ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak
ada tilam.. la.. takkan nak tidur atas toto
aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak
gadisnya merungut manja…sambil meneruskan
bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih. .sambil menjawab
“nantilah ayah belikan.. tengah ni duit ayah dah
habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan
orang senang…”
“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…
nanti macam mana along nak belajar.. tidur tak
selesa….nanti tak boleh tidur…. haaa.. ganggu
prestasi along..!!”
Ye la…ye la….. nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu… si ayah belum lagi
nampak ..kelibatnya membawa tilam yang
dijanjikan…mungkin.. sedang kumpul duit nak
beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung
bukan orang senang…. rumah yang anaknya
sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu
rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-
budak perempuan di sebelah rumah saya tu…
pada mula mereka duduk menyewa tiada apa
masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di
sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-
budak lelaki…ada yang datang bermotosikal
dan ada yang datang dengan menaiki kereta….
“Entahlah ustaz.. bukan tak tegur.. dah tegur
dah…. tapi jawab budak lelaki yang datang
bertandang tu… pakcik ni sapa?…bapak diorang
ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata
lagi…..” Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu
duduk rumah sewa budak perempuan sampai
ke tengah malam…. gerun saya ustaz….!!”
“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan
perkara ini kepada penguatkuasa jabatan
agama… tetapi saya risau pulak nanti bebudak
lelaki tu akan serang saya balik.. atau apa-
apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara
ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya
ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang
malang ni tadi..setiap hari keluar dengan
pakwenya…maklumlah orang sedang
bercinta..bercouple…mak bapak pulak
jauh ..jadi line clear…ustaz.. kadang-kadang
tengah malam baru nampak balik ke rumah
sewanya.. entah lah.. sedih saya apabila
mengenangkan bapanya yang cukup baik.”
Suatu petang ustaz…. sedang anak gadis si ayah
ni keluar macam biasa dengan pakwenya….
ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak
gadisnya…. dengan menaiki motorsikal.. di
belakang motorsikalnya itu terikat tilam
kekabu…. sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial
si ayah ini cuba menongkatkan motornya…
kerana tilam kekabu itu berat…..
kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama
anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang
mengalir laju…terdengar suaranya yang
mengah.. memanggil-manggil anaknya.. tetapi
tiada sahutan… sunyi…kerana hari itu hari
cuti…ada yang dah balik kampung hujung
minggu dan ada yang biasa la..tengah
menenggek di belakang motorsikal pakwe
mereka… termasuklah anak gadis si ayah yang
malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil
si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di
rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada
mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si
ayah .”
“Ke mana mereka pergi…. agaknya…keluar
ramai-ramai ke. bila balik agaknya.?” tanya
ayahnya…bertalu-talu…saya hanya
mendiamkan diri…. lalu saya berkata kepada si
ayah…tak mengapa bang…rehat dulu.. abang
letih tu datang dari jauh…. bawak masuk motor
abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak
balik alang-alang.. dah sampai ..bukannya
dekat.. lagipun bukan senang nak datang
balik….. si ayah nampak keletihan sambil
menolak motorsikalnya dengan beban tilam
yang berat.
Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib
telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….
saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah
mandi dan menunaikan solat maghrib ..
kemudian saya menjamunya makan malam.Si
ayah nampak keberatan tapi apa kan daya
kerana menunggu anaknya …lantaran hati
kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak
selesa tidur di atas toto…takut kesihatan
anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya…. yang
masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah
lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah
mengesyaki sesuatu….. lalu bertanya kepada
saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa
sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa…. lalu
saya menjawab…”beginilah bang.. abang
tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan
tanyalah sendiri dengannya.”
Si ayah semakin risau……dan semacam sudah
mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang
dilakukan oleh anak gadisnya itu. Tepat pukul
2.15 pagi… barulah anak gadisnya pulang..
dengan membonceng motorsikal
pakwenya..memeluk mesra…
pakwenya….berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari
motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan
topi keledar diikuti oleh pakwenya,.. itu….
mereka tidak terus berpisah tetapi berbual
mesra di hadapan rumah.. tanpa menyedari…
perlakuan mereka itu dilihat oleh kami
berdua….
Mereka berpegangan tangan..sambil
ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si
gadis itu mencium bibirnya…!!!
Subhanallah….saya tak boleh bayangkan
keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan
hendak bergerak menuju ke arah anaknya…
tetapi saya tahan….kata saya kepada
ayahnya..:
”Jangan bang… sekarang dah pagi…jangan
mengamuk tengah ni nanti.. abang yang dapat
malu… biarkan budak lelaki itu balik dulu”.
Hampir setengah jam kami melihat babak
mesra bercumbu dan berpeluk itu… barulah
budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk
ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya
menolak motorsikalnya…dan menghidupkan
enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah
anaknya.. seolah-olah dia baru sampai…lalu
dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini
membuka pintu sambil merungut terkejut
dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi
sebegitu…sambil katanya..:
”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam
ni….. tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menampar… muka
anak gadisnya… menjerit-jerit…marah..
”Oooo….. buat apa datang pagi buta ye….kamu
tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..
menunggu kamu… bawakkan tilam untuk
kamu….. jenuh aku tunggu kamu….ni ha…
pakcik ni yang tumpangkan aku.. rehat..s
embahyang …makan….. aku datang dari jauh
letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..
tapi kamu…keluar sampai jauh malam….d
engan pakwe kamu ye…dah la tu kamu
bercium beromen depan aku.. anak tak tahu
diuntung…. aku malu tau tak…maluuuuu….
Anak kurang ajar.. anak derhaka…. anak tak
mengenang budi…..aku jaga kamu…. aku
tatang kamu macam minyak yang penuh….
macam ini balasan kamu…macam ni balasan
kamu.. pada aku.. haaaa!!! anak ****……..
berdebub… gedebab…. kali ini saya lihat dia
terajang anaknya ustaz….. saya masuk ke
dalam rumah dan memegang si ayah dan
memintanya mengucap…. beristighfar….
bersabar……….
Anak gadisnya… menangis meraung…merayu…
memohon keampunan….. hu hu hu ayahhhh…
ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah
alongggg salah …along berdosa dengan
ayah….. hunhuuuuuu…….!!
Kau memang anak celaka…. .memalukan
keluarga…orang tua.. kalau mak kamu tahu ni
pasti mak kamu akan sedih sangat…. tadi.. mak
kamu nak ikut.. rindu nak tengok kamu…aku
tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam
ni….kamu tau tak tilam ni berat…. tilam
kekabu…aku bawak dari kampung jauh….
terhoyong hayang aku.. bawak motor…tadi pun
nyaris tak kena langgar dengan lori.. tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana
pilu….. saya juga menitiskan air mata…. sedih
melihat ayah yang separuh abad,,, menangis
kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.
“Sudah.. kau kemaskan barang…. pagi ni jugak
balik ikut aku…. balikkkkk… ikut aku…cepatttt,
………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya
itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya
itu… Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu
masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh
ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik
lantaran si ayah membawa anaknya balik pada
malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke
kampungnya, dengan membonceng motor…
tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi
dibelakang bapaknya…… kesiannn ustaz…
kesiannnn —RAMM

Crdt to milosuam.blogspot. com


2 comments:

  1. Salam,
    sedih gak citer ni...tapi memang ada berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak, zaman skrg ramai dah mcm tu.. penah berlaku dpn mata.

      Delete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...