Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

8/26/2012

Pedang Samurai Berusia Lebih 200 Tahun

Salam,
Aku baru je balik dari berjumpa dengan kawan aku di Seksyen 13 Shah Alam. Kitorang berbincang pasal pedang samurai yang dah berusia lebih 200 tahun (sejak 1804). Apa yang menarik pasal pedang ni? Aku tak pandai nak cerita lebih  risau salah info je tapi dari apa yang diborakkan tadi dengan member tadi, aku boleh list kan beberapa fakta pasal pedang samurai ni.

Fakta menarik berkenaan pedang samurai ni:

  1. Di panggil sebagai Pedang Selendang.
  2. Mampu memotong paku bersaiz 6 inci dengan sekali tarik je.
  3. Tidak berkarat.
  4. Mempunyai 'khadam' tersendiri. (ada penjaganya lerr).
  5. Panjang lebih kurang 1 1/2 meter.
  6. Mudah bengkok. Hanya orang yang terlatih sahaja boleh menggunakannya dengan cara yang betul. Kalau tidak, boleh mencederakan diri sendiri.
  7. Ada sebilah pisau kecil tersorok di bahagian pemegang pedang tersebut. Katanya digunakan untuk seseorang samurai tu membunuh diri sekiranya dia kalah dalam peperangan.
  8. Mempunyai surat beranak yang ditulis dalam bahasa Jepun kuno. Tulisan tu ditulis kat sehelai kain yang memang berkualiti tinggi, tapi yang aku tengok tu mmg dah lusuh sebab dah 200 tahun.
Lain-lain korang tengok lah gambar kat bawah nie. Harga pedang ni memang tak kurang RM5juta! Dah, itu je info yang aku dapat hari ni.



Ni lah pisau kecil yang Samurai guna untuk bunuh diri sebab kalah. Tak nak malu punya pasal.

Since 1804. Moyang pun belum lahir lagi.

Pedang pun ada surat beranak


Lebih 200 tahun tapi langsung tak berkarat atau sumbing




Pedang Samurai / Pedang Selendang

1 comment:

  1. Pemilik samurai nie ada d mna?..

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...