Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

9/19/2012

Kekuatan Manusia adalah hati dan perasaan, bukannya fizikal.


Kekuatan manusia dinilai melalui hati dan perasaan bukannya dari fizikal. Kalau kita memerlukan kekuatan fizikal kita boleh pergi gym untuk mengasah, melatih diri kita menjadi sasa,gagah. Tapi kalau mental, hati dan perasaan bagaimana pula? Allah berikan kita dugaan dan perempuan untuk menguji ketahanan hati dan perasaan. Apa kaitan dengan perempuan pulak? Segagah mana pun lelaki akan tetap ada nafsu untuk berpasangan dan sudah tentu ada perasaan. Pernah jumpa sorang lelaki gagah berbadan sasa yang menangis sebab perempuan?? haa, dia tu masih lemah dari segi dalaman lah tu. Lelaki kebiasaannya memang payah untuk mengaku kalah apabila diduga tetepi kebanyakkan lelaki zaman sekarang ni ramai dipengaruhi oleh kebendaan yang lebih kepada feminin.

Teringat aku cerita mengenai Nabi Adam yang diturunkan ke bumi. (Maaf, kalau aku silap sila betulkan bukan kutuk ye). Iblis tak nak tunduk kepada Nabi Adam dan cuba untuk menghasut supaya melanggar perintah Allah berkenaan dengan sebuah pokok. Pelbagai hasutan yang diasak oleh iblis kepada Nabi Adam tapi satu pun tak jalan. Bila wujudkan Hawa pula, iblis tadi gunakan Hawa untuk menghasut Nabi Adam. Itu yang menyebabkan Nabi Adam diturunkan ke bumi. (Maaf, aku masih belajar. Sepanjang proses pembelajaran kemungkinan aku silap. So, betulkan kalau aku silap).

Macam juga kaum barbarian yang katanya berbadan besar, handal berperang tetapi kurang bijak. Kalah juga dalam peperangan. Tak semua peperangan kaum tu menang. 

Aku menaip ikut sukati aku. Kadang2 aku pun tak faham sendiri bila baca balik apa yang aku taip tapi semuanya dalam kepala otak aku. Macam yang pernah aku kasitau sebelum ni lah. Aku sampaikan saje, pemahaman setiap manusia pelbagai. so, jangan lah salahkan aku kalau sendiri tak faham atau ada pemahaman yang lain.

habis....



2 comments:

  1. sebab tu kalau pandang org jangan tengok fizikal die je..

    ReplyDelete
  2. Segagah dan segarang lelaki tu ada lembut dalamnya..sam si wanita..hihii

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...