Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

10/12/2012

Aku pun nak bisnes buat tol. 900% untung!



Fakta Konsesi Tol Bagi –Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan : Mula Dibuka : 8 September 1994 Kos Pembinaan : RM 6 billion Pendapatan : RM24.3 billion Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini…………. ROI : 305% Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.

Pembinaan Lebuhraya Metramac Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta Keuntungan : RM440 juta ROI : 978%

Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur –Karak Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta Keuntungan : RM1.4 billion Tempoh konsesi : selama 38 tahun.

Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Kos Pembinaan : RM1,08 bilion Keuntungan : RM1.61 bilion. Tempoh konsesi : selama 34 tahun

Pembinaan Lebuhraya Cheras-Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB) Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995 Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999. Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang.

Kos Pembinaan : RM282 juta Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010) Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010) Tempoh konsesi : Sehingga 2030

Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. Cukuplah… nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan “skim cepat kaya” golongan kapitalis di zaman moden.

Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.

Sumber: http://bloglistpolitik.blogspot.com/?m=1

Ezzardesire: sekadar perkongsian, tak suruh percaya. Terpulang kpd akal korg sendiri.

: : Posted via HTC Android : :

1 comment:

  1. Perkara ni telah diutarakan..tapi kerajaan buat dek ajer

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...