Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

10/16/2012

Apa sebenarnya yang dikejar dalam hidup...


Kalau difikirkan dari mana kita datang dan kenapa kita sementara di dunia ni mesti tiada lagi keinginan nak mengejar apa sahaja di dunia ni melainkan kalau boleh kita bawa bersama apa yang dah kita peroleh di dunia. Tapi tak mungkin kecuali kebaikkan yang kita lakukan semasa hidup bersama-sama makhluk yang lain ( tumbuhan, haiwan dan apetah lagi manusia).

Pernah kah kita terfikir untuk apa kita dijadikan dan pernah kita dengar ayat Al-Quran, manusia adalah sebaik-baik ciptaan. So kita berlumba-lumba mencari dan mengumpulkan pahala, tak nakkan dosa.. mahukan syurga, jauh sekali dan tak nak fikirpun pasal neraka. Adakah tujuan hidup ini begitu? Sepatutnya kita lebih fikirkan sama ada setiap kelakuan dan pekerjaan yang kita lakukan itu diredhai oleh Nya dan diberkati oleh Nya. Itu kan yang paling penting? Jikalau dah diberkati dan diredhai oleh Nya sudah pasti tempat kita di sisi Nya.

Maaf jikalau timbulkan keraguan di sini sebab aku juga masih lagi belajar. Terdetik nak keluarkan semua ayat di atas apabila aku disalah anggap. Betullah kata-kata ahli  fikir, tidak semua perkara baik yang kita buat akan nampak baik di mata orang.

1 comment:

  1. setuju dgn word ko yg last sekali..even buat baik pun orang dok still ngutuk kite..hampeh..

    ReplyDelete

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...