Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

1/22/2013

Ramai Tak Tahu Sebab Apa Islam kata Wanita Wajib Tutup Aurat!

Kewujudan Islam adalah untuk menjaga cara kehidupan manusia sejagat. Kita perlu tahu, apa itu Islam, sebab Islam, tujuan Islam. Barulah mampu untuk kita menjawab segala persoalan yang mempertikaikan lengkapnya Islam.

Soalan yang sering kali ditanya oleh orang kebanyakkannya orang yang sudah biasa dengan kehidupan barat ialah kenapa Islam mewajibkan perempuan memakai tudung. Sebab bagi mereka bila menutup kecantikan perempuan ibarat mengawal dan menghalang ibarat merendahkan martabat perempuan. Ibarat perempuan ni sebagai alatan sahaja.. ibarat perempuan ni ditindas.

Apabila kita tidak kenal asal usul, punca, penyebab, kesan dan tujuan maka inilah yang akan menjadi persoalan dikalangan kita sama ada sesama Islam atau pun bukan. Sebagai peringatan dan pengetahuan, Islam bukan kata mewajibkan perempuan memakai tudung tapi Islam mewajibkan perempuan menutup aurat dan Islam tidak langsung nak  merendahkan martabat perempuan. Hakikatnya, Islam adalah agama yang pertama yang memberikan upah/gaji kepada perempuan.

Kita tengok sejarah tamadun bagaimana wanita dilayan sebelum kedatangan Islam dan sebelum Al Quran diturunkan:

Babylon: Jika lelaki membunuh perempuan, sepatutnya lelaki tersebut dihukum. Namun yang menerima hukuman adalah isteri kepada lelaki tersebut.

Greek: Wanita digelar Pandora yang bermaksud simbol malang dan hamba seks atau pemuas nafsu.

Rom: Wanita dibiarkan berbogel antara wanita dan dilayan buruk seperti binatang. Wanita digunakan sebagai pemuas nafsu sahaja.

Mesir/Egypt: Wanita dianggap sebagai simbol Satan/ Syaitan/ Setan/ Iblis.

Arab: Bayi perempuan akan dibunuh. Tidak dibenarkan hidup.

Alhamdulillah, Allah memberikan kita petunjuk dengan menurunkan Al Quran dan selepas itu segala amalan jahil tersebut dapat diatasi. Jadi daripada beberapa peristiwa yang diceritakan tadi, Islam merupakan agama yang pertama mengangkat martabat wanita. Dan wajib bagi setiap wanita muslim mengekalkan tahap kesopanan masing2. Tanggungjawab Islam untuk menaikkan martabat wanita dan tanggungjawab wanita pula perlu mengekalkan tahap kesopanan. Banyak cara lah... so fikirkanlah.

Lagi satu sebelum kita mempertikaikan Islam sebagai penyekat bagi kaum wanita, baik kita kaji semula ayat2 Quran di mana Allah berkata kepada kaum lelaki dahulu sebelum perempuan. Iaitu; kaum lelaki diwajibkan menghadkan pandangan mereka terhadap kaum perempuan. Tak boleh pandang lama2, tak boleh pandang banyak kali sebab akan menimbulkan perasaan tidak malu yang akan membawa kepada  niat kejahatan.

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...