Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

4/19/2013

Nota Untuk Renungan : Dosa RIBA...




Apabila sesebuah kerajaan berhutang maka sebenarnya rakyatlah yang berhutang. Rakyatlah yg sebenarnya terlibat dgn RIBA. Ini bermakna semua orang terlibat dengan dosa RIBA. Termasuklah para ustaz dan para ulamak. Tidak ada yang terlepas dari dosa RIBA. 

Dalam Islam, dosa RIBA adalah sangat menjijikkan. Ini kerana serendah-rendahnya dosa RIBA itu ia adalah sama dosanya dgn dosa kita berzina dengan ibu kita. Dan yang paling dahsyat mengenai RIBA...Allah SWT dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap pengamal-pengamal RIBA. Baik yang memberi mahu pun yang menerima. Serta semua yang terlibat dalam mengendalikan urusan tersebut.

Namun yang menghairankan di sini para ustaz dan para ulamak kelihatannya tidak sedikit pun merasa gerun untuk berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Apatah lagi majoriti umat Islam pada hari ini. Dosa RIBA di anggap sebagai sesuatu yg sangat remeh. Sehingga tidak kelihatan sesiapa pun yang mempersoalkan dan mempertikaikan amalannya. 

Malah kalau di Malaysia, dalam amalan undang-undang Syariahnya, pasangan lelaki perempuan yang berkhalwat di tangkap, tidak berpuasa di bulan Ramadhan di tangkap tapi pengamal RIBA yang dosanya jauh lebih besar tidak pula di tangkap. Walaupun mengamalkan RIBA di bulan Ramadhan tetap juga tidak ada sesiapa yang di tangkap. Kenapa ye ? 

Mungkin kerajaan dan para ulamak merasakan yang dosa RIBA ini terlalu kecil dan tidak perlu di beri perhatian. Berperang dengan Allah berperang dengan Rasul pun tidak mengapa. Yang penting boleh terus meminjam dengan bank untuk beli kereta dan beli rumah. Kalau tak meminjam dengan bank macam mana nak beli kereta dan beli rumah.

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...