Pages

Follow me on Instagram : ezzardster

7/07/2013

Aku Baru Balik Dari Bengkel Forex Janda Baik


Apa yang boleh aku perkatakan pasal bengkel tersebut adalah aku memang bersyukur sangat2 sebab dapat hadir. Segalanya berjalan dengan lancar dan smooth walaupun dalam keadaan bersahaja. Di samping dapat kenal beberapa orang blogger yang tersangat famous (blog dorg jelah) yang selama ni memang hampir setiap hari aku baca... macam Kerajaan Rakyat , Aku Tak Peduli dan Amrayy Lensa. Tq uncle sebab masih ingat lagi muka aku ni.

Tiba di lokasi kejadian "Saufi Villa Boutique Resort" pukul 11 pagi walau pun sedikit jam kat highway. Jammed pun disebabkan 2 biji motor beso tersadai kat tepi jalan sebab rosak. Tu lah, rakyat Malaysia ni prihatin sangat dan suka tolong.... tolong tengok! Aku takde masalah nak sampai ke tempat bengkel sebab dah berkali-kali aku drift kat jalan Janda Baik tu. Eh yeke.. Aku rasa ni first time aku driving sendiri ke sana. yang sebelum2 nie aku just tumpang kawan je.

Ramai yang datang dari Johor. Majority yang aku kenal semuanya berasal dari sana, tak kiralah kampung ke, rumah sendiri ke. Rasanya ada sorang je ahli dalam bengkel tersebut yang umur kurang dari aku... tak silap aku tahun 1985 punya budak. Lelain 40an... atas aku.

Apa pun... lepas ni aku dah ada pasif income setiap bulan.. hehe...



Peserta-peserta bertanya 1001 soalan.

Masing-masing tekun nak setup machine duit.

No comments:

Post a Comment

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...